4) Ciri-Ciri Negara Kota Rom

Rom

ROM

Latar Belakang

Kerajaan Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus. Ia bermula sebagai sebuah negara kota seperti negara kota Greek. Negara kota Rom terletak di Lembah Latium. Penduduknya adalah berbangsa Latin (dominan).

Ciri-ciri

a) Kedudukan yang Strategik

Rom terletak di Lembah Latium yang luas juga dikenali sebagai Bandar Tujuh Bukit. Kawasan ini adalah terletak di tengah jalan Selatan ke Utara dan di tebing sungai Tibet. Di kawasan pantai Barat pula, kuasa sungai telah dijadikan pelabuhan. Kawasan ini merupakan tempat tumpuan bagi pedagang-pedagang dari merata dunia seperti Mesopotamia, Arab dan Sepanyol. Mereka telah merentasi Laut Mediterannean dan sampai ke pelabuhan tersebut kerana kawasan ini adalah selamat (tiada lanun).

b) Ekonomi yang Kukuh

Ekonomi negara kota Rom adalah berasaskan pertanian dan perdagangan. Mereka turut mengendalikan perdagangan import dan eksport. Oleh sebab kedudukan yang strategik, Rom menjadi pusat tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Sepanyol, Afrika dan India. Rom juga menjalankan kegiatan interport selain daripada import dan eksport. Mereka turut menggunakan wang syiling dalam perdagangan. Sumber utama yang diperdagangkan di Rom adalah seperti gandum, anggur dan biri-biri.

c) Unit yang Bebas/Kerajaan

Pada permulaannya, Rom diperintah oleh seorang raja yang juga menjadi paderi besar, jeneral dan penggubal undang-undang. Baginda bertanggungjawab menentukan peraturan-peraturan dalam perhubungan mereka dengan dewa-dewi. Selepas tahun 509 SM, raja-raja ini digulingkan dan sebuah kerajaan republik ditubuhkan. Kerajaan republik tidak mempunyai raja tetapi mengamalkan prinsip demokrasi. Rakyat memerintah negara menerusi wakil-wakil yang dipilih. Republik Rom diperintah oleh 2 orang Konsul yang dilantik dengan tujuan untuk menjamin kedaulatan dan kebajikan rakyat dan untuk mengelakkan salahs eorang daripada Konsul itu mempunyai pengaruh yang lebih kuat atau menjadi diktator. Konsul ini dibantu oleh Dewan Senat yang dianggotai oleh golongan bangsawan yang dinamakan Ningrat dan orang kebanyakan (Marchaen). Dewan Senat ini dibantu oleh Dewan Perhimpunan atau Dewan Orang Ramai. Dewan ini dianggotai oleh orang ramai.

d) Tentera

Penduduk Rom pula pada hakikatnya adalah bersifat ketenteraan dan semua institusi mereka mencerminkan kelakuan mereka yang suka berperang, sementara bakat mereka ditunjukkan dengan sepenuhnya dalam usaha ketenteraan. Mereka telah menyusun semula tentera, membesarkannya dan membahagikan warganegara mengikut kekayaan mereka. Hal ini adalah perlu kerana askarnya terpaksa membeli kelengkapan mereka sendiri, dan juga perlu untuk menyelenggarakannya dengan licin.

e) Penduduk

Rom terdiri daripada 3 golongan penduduk, iaitu raja, golongan patrician dan golongan plebeian. Raja merupakan pemerintah dan tarafnya adalah tertinggi. Golongan patrician pula merupakan golongan bangsawan. Mereka berasal daripada keluarga yang telah lama tinggal di Rom. Mereka memegang jawatan tinggi dalam angkatan perang dan kerajaan. Mereka juga boleh memegang jawatan paderi dan majistret. Golongan plebeian pula merupakan golongan rakyat biasa yang terdiri daripada orang yang lebih miskin. Selain itu, saudagar-saudagar kaya dan tukang-tukang mahir juga termasuk dalam golongan ini. Mereka tidak boleh menjadi pegawai-pegawai kerajaan dan sentiasa bertelingkah dengan golongan bangsawan. Penduduk di Rom ini juga boleh dibahagikan kepada 3 jenis kaum iaitu Latin, Sabines dan Etruscan.

f) Prasarana

Prasarana amat diperlukan bagi negara kota bagi mempertingkatkan martabat negara kota. Di Rom, tembok dibina untuk mempertahankan negara kota. Seseorang yang mula-mula melengkungi semua komuniti dengan satu tembok boleh dianggap sebagai pengasas bandar itu. Bangunan Colleseum telah dibina di Rom dan ia menjadi tempat untuk menjalankan pelbagai jenis permainan. Bangunan ini boleh memuat kira-kira 45 ribu orang penonton dan dibina dalam bentuk lengkung. Jalanraya juga dibina supaya angkatan tentera dapat bergerak dengan mudah ke seluruh empayarnya. Pada masa yang sama, ia juga digunakan oleh pedagangpedagang. Di Rom, terdapat sistem saliran yang dinamakan aqueduct telah dibina untuk membekalkan air minuman. Antara 10 aqueduct, Aqua Claudia ialah aqueduct yang termasyhur. Orang Rom juga pandai membina empangan dan kolam air, pelabuhan serta sistem pengaliran najis. Terdapat juga tempat mandi awam, air pancuran dan kolam renang. Salah satu kolam mandi raksasa dibina di Caracalla. Kolamnya seluas 11 hektar dan boleh memuatkan seramai 1,500 orang sekali mandi.

g) Agama

Orang Rom amat cepat mempelajari sesuatu dari orang asing. Kesederhanaan yang ada pada agama mereka pada awalnya telah lenyap dalam sekejap mata. Mereka selalu sedia menyembah tuhan jiran mereka sekiranya tuhan yang disembah masa itu rupa-rupanya tidak sanggup mengendalikan permintaan mereka. Hal ini bukanlah menghina tuhan asal mereka tetapi mempunyai maksud yang tertentu. Sebagai contoh, wabak hawar di Rom menyebabkan penyembahan tuhan penyembuh Greek dimulakan. Mereka menganggap tuhan itu adalah makhluk ghaib. Bukti yang menunjukkan adanya agama di Rom ialah terdapat obor suci di kuil Vestal.

h) Tiada Perpaduan

Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kaum iaitu Latin, Sabines dan Etruscan. Setiap suku kaum ini mempunyai 10 curiae. Setiap curiae ini mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai curio. Di antara 3 kaum ini selalu berlaku peperangan kerana wujudnya jurang perbezaan antara kepercayaan, kaya dan miskin. Selain disebabkan oleh suku kaum yang berbeza, bentuk muka bumi juga mempengaruhi Rom kurang mengadakan perhubungan dengan dunia lain atau negara kota yang lain menyebabkan perpaduan tidak wujud.

Rom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>